Thursday, October 8, 2009

Kaedah Semburan Baja Pada Daun

Rakan-rakan sekalian, di sini saya nak berkongsi satu info yang berguna iaitu cara yang paling efektif untuk melakukan semburan baja pada daun.


Biasanya, selain penggunaan baja AB tardapat juga baja tambahan yang digunakan dengan cara disembur pada daun pokok cili. Cara yang paling efektif untuk melakukan semburan ini ialah dengan membuat semburan pada bahagian bawah daun.


Di bahagian bawah daun mempunyai liang-liang stoma. Liang-liang stoma ini adalah tempat untuk tumbuhan menyerap zat nutrien yang disembur pada pokok. Liang-liang stoma ini terbuka pada awal pagi dan lewat petang. Jadi, waktu semburan yang paling sesuai adalah sebelum jam 9 pagi atau selepas jam 5 petang.


Diharap info ini dapat membantu para petani untuk meningkatkan hasil pengeluaran. Selamat mencuba.

post signature

Read more...

Friday, August 21, 2009

Baja AB Imported

OFFER



BAJA FERTIGASI CILI FORMULA MARDI



HARGA HANYA RM170 SAHAJA.



JIKA AMBIL LEBIH DARI 5 SET, DAPAT HARGA ISTIMEWA.




post signature

Read more...

Thursday, August 20, 2009

Air Baja Sejuk. Akar Mudah Serap.

Akar pokok merupakan salah satu bahagian yang sangat penting untuk tumbesaran pokok. Ini kerana akar digunakan oleh pokok untuk menyerap nutrien dari medium.

Pernahkah anda terfikir sejauh mana akar dapat menyerap nutrien yang diberi? Adakah semua nutrien yang diberi dapat diserap secara optimum oleh akar? Fikir-fikirkan...

Salah satu faktor yang mempengaruhi kadar penyerapan nutrien oleh pokok adalah suhu. Suhu yang tinggi menyukarkan akar untuk menyerap nutrien. Jadi, adalah penting untuk petani memastikan larutan baja AB yang diberikan pada pokok sejuk. Bagaimanakah caranya?

Tips berguna:

  1. Tanam sebahagian tangki poli di dalam tanah. Ia membantu untuk menyejukkan air baja AB di dalam tangki tersebut. Sesuai dilaksanakan jika kawasan ladang cukup besar.
  2. Gunakan motor akurium kecil dan pasangkan di dalam tangki. Ia bertujuan untuk memberi lebih oksigen di dalam air. Oksigen yang banyak dalam air akan membantu menyejukkannya.
  3. Gunakan kolah simen untuk menggantikan tangki poli. Biasanya air dalam kolah simen nie kan sejuk.
  4. Catkan paip poli yang digunakan dengan warna putih. Warna hitam paip poli tu menyerap haba. Kalau tak percaya cuba rasa air baja yang keluar dari paip tu waktu tengah hari. Panas!!!
Diharap info ini berguna kepada pengusaha sekalian.


post signature

Read more...

Wednesday, July 29, 2009

Formula Baja AB untuk cili.

Di sini saya nak berkongsi sesuatu dengan rakan fertigasi, iaitu cara menghasilkan baja AB. Menghasilkan Baja AB sendiri mungkin tidak praktikal bagi pengusaha yang menanam dalam kuantiti yang sedikit. Tetapi ia sangat praktikal dan menjimatkan bagi pengusaha yang menanam dalam kuantiti yang banyak.


Kaedah membuat 100 liter baja stok.

  1. Dapatkan bekas dan tandakan pada paras 100 liter.
  2. Letak air bersih separuh daripada bekas tadi.
  3. Tuangkan Set Baja A ke dalam bekas tadi dan kacau sehingga larut.
  4. Tambahkan air bersih sehingga mencapai 100 liter.
  5. Ulangi langkah 1 hingga 4 untuk menghasilkan Baja Set B.
  6. Tandakan pada kedua-dua bekas Set A dan Set B.


Formulasi Baja Fertigasi untuk tanaman cili.



Set A:

  1. Kalsium Nitrat (10,580 gram)
  2. Iron Chelate (190 gram)

Set B:

  1. Kalium Nitrat (6,600 gram)
  2. Mono-kalium hidrogen fosfat (2,220 gram)
  3. Magnesium Sulfat (4,030 gram)
  4. Mangan Sulfat (17 gram)
  5. Asid Borik (28.5 gram)
  6. Zink Sulfat (14.5 gram)
  7. Kuprum Sulfat (1.9 gram)
  8. Natrium Molibdat (1.2 gram)



post signature

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

Perangkap Lalat Buah Model 2

Model 2



Perangkap lalat buah model kedua ini telah diuji keberkesanannya. Ia lebih berkesan daripada model yang pertama kerana lalat buah tidak mudah terlepas keluar apabila sudah memasuki perangkap. Cotton bud yang dicelupkan dengan Fly Attack akan menarik perhatian lalat buah memasuki perangkap.




Peringkat awal semasa mereka perangkap ini saya perhatikan sifat lalat buah nie. Bila lalat buah nie masuk perangkap, ia tidak akan jatuh serta merta ke dalam air yang bercampur racun serangga. Lalat ini akan berlegar di dalam botol untuk mencari jalan keluar. Lalat buah nie akan terbang ke atas dan ke bawah berulang kali. Apabila ia tersentuh sesuatu, ia akan terbang pada arah bertentangan. Jadi sebab tu la lubang masuk lalat nie dilebihkan ke dalam supaya apabila lalat buah nie tersentuh muncung botol tu, ia akan berpatah balik. Jadi, susah la ia nak keluar.



Satu lagi, apabila sudah banyak lalat buah yang masuk perangkap mudah saja cara membunuhnya. Spray jer dengan Shieldtox. Gerenti mati lalat tu.



Satu lagi untuk menarik lalat buah masuk ke dalam botol, lekatkan plastik kuning pada botol mineral tu.



Kalau ada rakan-rakan yang mempunyai model lain, boleh email kepada saya. Nanti saya masukkan ke dalam blog nie untuk kita kongsi bersama.



Fly Attack (nama baru) = MosQ Attack (nama lama)




post signature

Read more...

Monday, July 13, 2009

Perangkap Lalat Buah Yang Efektif

Alhamdulillah, segala penat lelah yang kami usahakan selama ini telah berhasil. Kesemua pokok cili padi F1 Thailand yang saya usahakan selama ini telah mengeluarkan hasil. Sebanyak 800 pokok telah berbunga dan berbuah lebat.



Walau bagaimanapun, semasa memetik buah-buah cili untuk dijual, saya dapati ada sebilangan cili yang busuk dan berulat. Setelah diselidiki saya dapati pokok saya diserang lalat buah. Saya menggunakan pelbagai racun serangga untuk mengatasi serangan lalat buah nie tapi tidak berhasil. Setelah dikaji tentang perihal lalat buah ini saya telah menemui MosQ Attack.



MosQ Attack menghasilkan satu aroma dan bau yang menarik minat lalat buah, tetapi tidak membunuhnya. Jadi, untuk membunuh lalat buah ini, MosQ Attack harus diguna bersama-sama dengan perangkap lalat buah.



MODEL 1


Perangkap model ini diperbuat daripada botol minuman plastik. Mudah saja cara membuatnya. Buat lubang pada bahagian atas botol sebagai tempat lalat masuk. Kemudian masukkan campuran air dan sedikit racun serangga atau minyak enjin ke dalam botol tersebut. Gantungkan kapas yang dicelup dengan MosQ Attack.


Gantungkan botol berhampiran dengan pokok cili. Lalat akan memasuki botol akibat tertarik dengan aroma MosQ Attack. Lalat tersebut akan jatuh ke dalam air dan mati. Kapas hendaklah dicelup dengan MosQ Attack setiap minggu. Lihatlah hasilnya yang amat mengagumkan.

Terdapat beberapa model perangkap lagi telah kami reka. Rekaan tersebut sedang diuji dan setelah berjaya, akan dikongsi bersama pembaca.

post signature

Read more...

Wednesday, July 8, 2009

Kaedah mengatasi serangan lalat buah.

Lalat Buah (Bactrocera spp.) adalah salah satu musuh utama penting pada tanaman cili. Serangannya terhadap buah cili boleh menurunkan hasil keluaran secara kuantiti ataupun kualiti. Dengan menggunakan produk MosQ Attack, mampu menghasilkan tangkapan lalat buah (Bactrocera spp) dengan banyak sehingga mampu mencegah kerosakan buah cili akibat serangan serangga tersebut.

Lalat buah merupakan hama yang banyak menyerang buah-buahan dan sayuran seperti mangga, jambu biji, belimbing, melon, nangka, jambu air, dan cili merah. Hama ini terdapat hampir di seluruh kawasan Asia-Pasifik, dan diketahui dapat menyerang lebih dari 26 jenis buah-buahan dan sayuran.


post signature

Read more...

Wednesday, June 24, 2009

Buang daun tua.

Pokok yang telah besar pasti mempunyai daun-daun yang sudah lama dan tua. Daun-daun tersebut hendaklah dibuang terutama sekali daun-daun yang terlindung dari cahaya matahari.

Fungsi daun pada pokok adalah untuk membuat makanan. Makanan tersebut penting untuk tumbesaran pokok dan buah. Walau bagaimanapun, daun yang sudah tua tidak dapat menghasilkan makanan untuk pokok secara efektif sebaliknya ia mengganggu pertumbuhan pokok dan menggunakan makanan yang dihasilkan oleh daun muda.

Daun tua yang belum dibuang.

Daun tua telah dibuang.


post signature

Read more...

Thursday, June 11, 2009

Cili Padi F1 berusia 2 bulan.

Salam semua...

Agak lama saya tak masukkan perkembangan terkini tanaman fertigasi cili padi F1 yang saya usahakan. Saya agak sibuk kebelakangan nie, menguruskan ladang, penjualan, pengunjung, baja AB dan sebagainya.

Di kesempatan yang ada nie saya nak berkongsi bersama pengunjung semua tentang perkembangan cili padi F1 yang saya usahakan tu. Setakat nie, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Boleh lihat gambar yang ada di bawah nie.








Read more...

Wednesday, May 20, 2009

Serangan Pokok Kerinting - Formula C

Serangan Kerinting


Gambar A
(serangan kerinting akan membantutkan pertumbuhan pokok)


Kat sini saya nak berkongsi sesuatu. Semasa Fasa 1 Tanaman Cili Padi F1, tanaman saya telah mengalami satu penyakit kerinting. Boleh lihat Gambar A. Penyakit kerinting nie menyerang pada pucuk pokok terutama sekali ketika pokok mula hendak mengeluarkan bunga dan buah. Penyakit kerinting nie menyebabkan pucuk serta daun pokok merekot, mengecut dan warnanyer menjadi seakan berbatik-batik. Serangan ini akan menyebabkan pokok menjadi kurang sihat sekaligus mengurangkan percambahan pucuk baru, pokok terencat dan bunga berkurang.

Pada mulanyer risau saya dibuatnyer kerana hampir 10-20% daripada jumlah tanaman saya mengalami serangan ini. Banyak juga research yang saya dan abang saya carik. Bermandi peluh dan bersengkang mata la jugak mencari info cara nak menyelesaikan masalah kerinting nie. Bermacam jenis racun kulat dan serangga telah kami gunakan tetapi masih hampa. Semakin banyak serangan yang pokok kami hadapi.

Tetapi, di atas usaha, doa dan ketabahan kami ini terbalas akhirnya. Kami adik beradik telah menghasilkan satu formula untuk mengatasi masalah kerinting nie. Kami namakan Formula C. Cara menggunakannya mudah sahaja. Bancuh ikut sukatan dan sembur pada daun pokok cili tersebut. Hasilnya akan dilihat dalam tempoh 14 hari. Daun pokok yang kerinting akan kembali terbuka dan akan kembali ke bentuk asal. Hasilnya boleh dilihat pada gambar B, C dan D di bawah.


Gambar B
(daun dalam peringkat pemulihan)

Gambar C
(daun yang kerinting dan merekot telah mula terbuka)

Gambar D
(daun pokok yang kerinting telah beransur pulih)

Read more...

Saturday, May 16, 2009

Ladang Mini Cili Padi F1

Gambar Ladang


Nie gambar pokok cili F1 yang berusia kira-kira 1 bulan setengah. Apa yang mengejutkan saya, pokok nie dah start berbunga!!! Cepat sungguh... macam tak percaya.

Ladang yang baru siap setup nie ada 800 pokok. Semuanya cili padi F1. Moga-moga semuanya akan menghasilkan buah-buah yang segar untuk pasaran tempatan.

Ada yang bertanya kenapa tunas ketiak atau tunas air tu tak dibuang? Kebiasaannya tunas ini akan dibuang bagi kebanyakan pokok cili. Tapi berdasarkan pengalaman saya semasa fasa pertama penanaman cili padi F1 didapati selepas membuang tunas ketiak ini pokok akan menjadi tinggi. Jika pokok ini tinggi ia akan menyukarkan kerja-kerja maintenance seperti meracun. Jadi bagi mengelakkan pokok naik terlalu tinggi saya tidak membuang tunas ketiak. Antara kebaikan yang lain tunas ketiak ialah 1) tunas yang telah besar nanti akan membantu menstabilkan kedudukan pokok daripada tumbang jika ditiup angin dan 2) tunas yang sudah besar juga akan menghasilkan ranting yang mempunyai tunas bunga dan buah, maka hasil akan meningkat. Tu, pendapat saya berdasarkan pengalaman.

Read more...

Pengusaha

Gambar
Pengusaha ladang sedang memasukkan cocopeat ke dalam polybag. Pokok yang di semai adalah pokok cili padi F1.

Read more...

GambarHai... Rajinnyer adik nie cari kutu cili...

Read more...

GambarCili padi F1 terbaru yang telah masak. Merah tuu....

Read more...

Sunday, May 10, 2009

Cili Padi F1 Fasa Pertama

Gambar Fasa Pertama

Nie gambar pokok cili padi F1 berunur lebih kurang 2 bulan setengah. Pada umur nie ketinggian pokok kira-kira 1 meter setengah. Panjang buah yang telah matang boleh mencapai kira-kira 6 - 7cm panjang. Boleh dikatakan besar dan panjang jika dibandingkan dengan buah cili padi lain. Buah cili muda berwarna hijau muda, yang matang berwarna hijau pekat dan yang masak berwarna merah. Antara cili padi yang pedas di Asia Tenggara.

Tanaman cili padi F1 peringkat fasa pertama nie ditanam lebih kurang 40 pokok dahulu. Tujuannya bagi mengenalpasti jika terdapat masalah terhadap tumbesaran pokok. Walau bagaimanapun, sehingga sekarang (sudah kira-kira 4 bulan) tiada masalah pada pokok. Jika baja yang diberi cukup mengikut aturan dan racun serangga dan kulat diberi mengikut jadual, Insya Allah takkan ada masalah.

Mengenai berat cili pula dianggarkan satu pokok dapat menghasilkan kira-kira 250 hingga 300 gram setiap kali tuaian dibuat. Boleh dikatakan hasil yang memuaskan jika dibandingkan dengan spesis cili padi yang lain.

Read more...

Gambar
Penyakit : Bintik daun
Patogen : Cercospora capsici

Daun yang diserang akan mempunyai kecederaan (lesion) berbentuk
bulat atau bintik-bintik kecil yang berwarna perang. Apabila
kecederaan atau bintik-binitk ini menjadi besar, bahagian tengahnya
akan bertukar menjadi kelabu dan kemudian berlubang. Daun-daun
yang diserang kemudian akan gugur.

Masalah ini boleh dielakkan dengan memastikan pokok tumbuh
dengan subur melalui amalan pengurusan yang baik termasuklah
kebersihan ladang. Semburan kimia mungkin diperlukan terutamanya
bila penyakit ini merebak.

Read more...

Sistem Fertigasi

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon,cili sayur strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat saperti pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.


Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.

Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.

Read more...

Koleksi gambar 1

Gambar


Ini merupakan gambar semasa kami mula-mula setting tapak fertigasi. Projek ini bermula sekitar November 2008.

Tapak yang digunakan agak rendah jadi terpaksalah kami tambak dulu dengan pasir bagi mengelakkan air bertakung. Jenuh jugak angkat pasir. Nak patah pinggang dibuatnyer... Ishhh... ishhh... ishhh...

Azam kami begitu kuat untuk meneruskannya.

Read more...

Penyakit cili disebabkan kulat

Pokok cili juga tidak terlepas daripada serangan penyakit. Antara penyebab penyakit cili adalah kulat. Penyakit yang disebabkan oleh kulat ialah:

1) penyakit bintik (daun leaf spot)
2) antraknos buah (fruit anthracnose)
3) hawar pucuk (leaf blight)
4) lecur anak benih (damping off of seedlings)
5) layu sclerotium (sclerotium wilt)
6) kulapuk berdebu (downy mildew)

Read more...

Tuesday, March 24, 2009

Zat Perangsang Tumbuhan ATONIK

Gambar
Keberkesanan ATONIK
Atonik mempercepatkan pengaliran sitoplasma dan metabolisme sel-sel tumbuhan, meningkatkan pengambilan zat garam galian serta merangsang pengaliran asimilasi dari daun ke akar, pucuk, bunga, buah atau hasil-hasil lain seperti bebawang, akar umbi, bijian dll.
Atonik juga merangsang penghasilan debunga, pertumbuhan tiub debunga secara berkesan untuk memastikan pendebungaan dan pembentukan buah yang lebih baik.

Keistimewaan ATONIK
  • Pembentukan pucuk yang lebih baik dan menggiatkan pertumbuhan.
  • Menghapuskan ketiadakaktifan, menggalakkan percambahan yang giat dan seragam.
  • Mempercepatkan pengaliran sel plasma dan pembentukan sistem akar untuk pemulihan yang lebih cepat dari kejutan mengubah.
  • Mempercepatkan pembentukan bunga yang lebih awal, lebih besar dan tahan lebih lama.
  • Menghalang keguguran bunga dan buah yang belum matang, meningkatkan hasil dengan buah yang lebih besar dan banyak.
  • Memperbaiki kualiti tanaman.
Cara Penggunaan

Rawatan - Merendam biji benih.
Rendamkan biji benih sepenuhnya ke dalam larutan atonik selama 2 jam.
Hasil - Percambahan yang cepat dan seragam.

Rawatan - Semburkan ke atas anak benih.
Renjiskan laruatb atonik ke atas anak benih setiap 5 hari.
Hasil - Mempercepat pertumbuhan dan perkembangan akar.

Rawatan - Semburkan ke atas kucup bunga.
Sembur larutan atonik ke bahagian kucup bunga sebelum mekar.
Hasil - Mencegah keguguran bunga dan seterusnya menjadikan tapak yang baik untuk berbuah.

Rawatan - Semburkan ke atas daun dan buah.
Sembur larutan atonik ke atas daun dan buah seminggu sekali.
Hasil - Memperbesarkan buah dan dan meningkatkan mutu buah.

Read more...

Sunday, March 22, 2009

Elemen Tambahan

Peranan nutrien dalam tumbuh-tumbuhan.

ASID HUMIK
- Menguatkan pertumbuhan tanaman.
- Membantu penyerapan nutrien.
- Memperbaiki tanah.

Read more...

Mikronutrien (Elemen Sekunder)

Peranan nutrien dalam tumbuh-tumbuhan.

BESI
- Perlu untuk pembentukan klorofil dan menambahkan fungsi enzim.

MANGANESE
- Berfungsi bersama dengan sistem enzim terlibat dalam perpecahan karbohidrat dan metabolosme nitrogen.

TEMBAGA
- Penting ntuk pertumbuhan pembiakan.
- Komponen kepada beberapa jenis enzim.

ZINK
- Perlu untuk penukaran karbohidrat.
- Sebahagian daripada sistem enzim yang menyelaraskan pertumbuhan pokok.

BORON
- Perlu untuk pembentukan dinding sel, penyerapan kalsium, pembungaan, debunga, penuasan, pembuahan, penghasilan sel dan pergerakan hormon.

MOLIBDENUM
- Satu komponen struktur enzim yang mengurangkan nitrat kepada ammonia.

Read more...

Makronutrien (Elemen Utama)

Peranan nutrien dalam tumbuh-tumbuhan.

NITROGEN
- Komponen utama bagi protein, hormon, klorofil, vitamin dan enzim yang perlu untuk kehidupan tumbuh-tumbuhan.
- Membantu pertumbuhan pokok dengan cepat, menambah penghasilan biji dan buah serta memperbaiki mutu daun dan tanaman untuk makanan ternakan.

FOSFORUS
- Perlu untuk penuasan benih, fotosintesis, pembentukan protein dan hampir segala aspek pertumbuhan pokok dan metabolisme.
- Membantu penyimpanan dan penukaran tenaga, pematangan tumbuh-tumbuhan yang sekata dan keseimbangan terhadap tekanan.

KALIUM
- Membantu dalam pembentukan protein, fotosintesis dan penghasilan sel.
- Membantu keseimbangan air, memperbaiki mutu buah dan pengurangan penyakit.

MAGNESIUM
- Sebahagian daripada klorofil dan perlu untuk fotosintesis.
- Menggiatkan banyak enzim tumbuh-tumbuhan yang diperlukan untuk pertumbuhan.

Read more...

Saturday, March 21, 2009

NPK - 3 Batu Asas dalam tumbesaran tanaman anda

NITROGEN (N)
- Untuk pembentukan protein, klorofil dan enzim bagi semua sel tanaman.
- Untuk proses metabolic dalam penjanaan dan peredaran tenaga. Tanaman tidak boleh tidup tanpa N.
- N adalah sebahagian daripada klorofil. Pigmen hijau tanaman inilah yang memberi warna kepada daun dan batang dan bertanggung jawab untuk fotosintesis.
- Menggalak pertumbuhan, meningkatkan pengeluaran benih dan buah serta memperbaiki kualiti daun dan tanaman untuk makanan ternakan.

PHOSPHORUS (P)
- Berperanan penting dalam fotosintesis.
- Terlibat dalam pembentukan minyak, kanji, gula dll. Sangat penting bagi pertumbuhan dan pematangan tanaman.
- Meningkatkan kerintangan tanaman terhadap pelbagai penyakit serta daya tahan terhadap tekanan pertumbuhan.
- Berperanan dalam pembentukan buah, bunga dan biji benih. Ia menggalakkan pembungaan, pertumbuhan akar dan kemasakan tanaman.

POTASSIUM (K)
- Diperlukan dalam kuantiti yang tinggi berbanding semua unsur galian lain kecuali nitrogen dan pada kes-kes tertentu, kalsium.
- Membantu proses pembentukan gula, protein dan enzim untuk pertumbuhan tanaman.
- Mengawal penggunaan air dan pembentukan akar yang kuat.
- Meningkatkan kualiti buah.
- Meningkatkan kerintangan tanaman terhadap pelbagai penyakit, keadaan kering dan mencegah penyerapan akar.

Read more...

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Lite Forex

Fertirion

  © Cilipadi's Art Design Copyright by 2008-2009

Back to TOP