Selamat berkunjung ke laman blog kami. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan & komen membina dalam memperkembangkan teknologi pertanian di Malaysia. Bersama-samalah kita berkongsi ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua.
Ladang Fertigasi Cili Padi F1
Kami mengusahakan ladang cili secara fertigasi sejak tahun 2008. Antara cili yang ditanam adalah cili kulai king 8339, cili akar dan cili padi F1. Kami juga menjalankan kajian tentang penggunaan baja dan racun bagi mengurangkan kos serta meningkatkan mutu dan hasil.
Tips Semburan Racun Serangga dan Kulat
Waktu paling sesuai untuk semburan racun serangga dan kulat adalah pada waktu yang redup dan tidak panas. Jadi, kebiasaannya petani akan menyembur pada waktu awal pagi atau lewat petang.
Pernahkah anda terfikir untuk menyemburnya pada waktu malam? Saya telah lakukannya.
Antara sebabnya; 1) Waktu jam 8.00 - 10.00 malam cuaca sudah sejuk. Jadi pokok tidak terkejut dengan semburan sebab racun nie bahan kimia, jadi ia panas. 2) Kebiasaannya serangga aktif pada waktu malam. Semasa sembur boleh lihat serangga berterbangan. 3) Sejuk. Jadi petani tak la kepanasan dan berpeluh2.
0 comments:
Post a Comment