Wednesday, July 29, 2009

Formula Baja AB untuk cili.

Di sini saya nak berkongsi sesuatu dengan rakan fertigasi, iaitu cara menghasilkan baja AB. Menghasilkan Baja AB sendiri mungkin tidak praktikal bagi pengusaha yang menanam dalam kuantiti yang sedikit. Tetapi ia sangat praktikal dan menjimatkan bagi pengusaha yang menanam dalam kuantiti yang banyak.


Kaedah membuat 100 liter baja stok.

  1. Dapatkan bekas dan tandakan pada paras 100 liter.
  2. Letak air bersih separuh daripada bekas tadi.
  3. Tuangkan Set Baja A ke dalam bekas tadi dan kacau sehingga larut.
  4. Tambahkan air bersih sehingga mencapai 100 liter.
  5. Ulangi langkah 1 hingga 4 untuk menghasilkan Baja Set B.
  6. Tandakan pada kedua-dua bekas Set A dan Set B.


Formulasi Baja Fertigasi untuk tanaman cili.



Set A:

  1. Kalsium Nitrat (10,580 gram)
  2. Iron Chelate (190 gram)

Set B:

  1. Kalium Nitrat (6,600 gram)
  2. Mono-kalium hidrogen fosfat (2,220 gram)
  3. Magnesium Sulfat (4,030 gram)
  4. Mangan Sulfat (17 gram)
  5. Asid Borik (28.5 gram)
  6. Zink Sulfat (14.5 gram)
  7. Kuprum Sulfat (1.9 gram)
  8. Natrium Molibdat (1.2 gram)



post signature

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

Perangkap Lalat Buah Model 2

Model 2



Perangkap lalat buah model kedua ini telah diuji keberkesanannya. Ia lebih berkesan daripada model yang pertama kerana lalat buah tidak mudah terlepas keluar apabila sudah memasuki perangkap. Cotton bud yang dicelupkan dengan Fly Attack akan menarik perhatian lalat buah memasuki perangkap.




Peringkat awal semasa mereka perangkap ini saya perhatikan sifat lalat buah nie. Bila lalat buah nie masuk perangkap, ia tidak akan jatuh serta merta ke dalam air yang bercampur racun serangga. Lalat ini akan berlegar di dalam botol untuk mencari jalan keluar. Lalat buah nie akan terbang ke atas dan ke bawah berulang kali. Apabila ia tersentuh sesuatu, ia akan terbang pada arah bertentangan. Jadi sebab tu la lubang masuk lalat nie dilebihkan ke dalam supaya apabila lalat buah nie tersentuh muncung botol tu, ia akan berpatah balik. Jadi, susah la ia nak keluar.



Satu lagi, apabila sudah banyak lalat buah yang masuk perangkap mudah saja cara membunuhnya. Spray jer dengan Shieldtox. Gerenti mati lalat tu.



Satu lagi untuk menarik lalat buah masuk ke dalam botol, lekatkan plastik kuning pada botol mineral tu.



Kalau ada rakan-rakan yang mempunyai model lain, boleh email kepada saya. Nanti saya masukkan ke dalam blog nie untuk kita kongsi bersama.



Fly Attack (nama baru) = MosQ Attack (nama lama)




post signature

Read more...

Monday, July 13, 2009

Perangkap Lalat Buah Yang Efektif

Alhamdulillah, segala penat lelah yang kami usahakan selama ini telah berhasil. Kesemua pokok cili padi F1 Thailand yang saya usahakan selama ini telah mengeluarkan hasil. Sebanyak 800 pokok telah berbunga dan berbuah lebat.



Walau bagaimanapun, semasa memetik buah-buah cili untuk dijual, saya dapati ada sebilangan cili yang busuk dan berulat. Setelah diselidiki saya dapati pokok saya diserang lalat buah. Saya menggunakan pelbagai racun serangga untuk mengatasi serangan lalat buah nie tapi tidak berhasil. Setelah dikaji tentang perihal lalat buah ini saya telah menemui MosQ Attack.



MosQ Attack menghasilkan satu aroma dan bau yang menarik minat lalat buah, tetapi tidak membunuhnya. Jadi, untuk membunuh lalat buah ini, MosQ Attack harus diguna bersama-sama dengan perangkap lalat buah.



MODEL 1


Perangkap model ini diperbuat daripada botol minuman plastik. Mudah saja cara membuatnya. Buat lubang pada bahagian atas botol sebagai tempat lalat masuk. Kemudian masukkan campuran air dan sedikit racun serangga atau minyak enjin ke dalam botol tersebut. Gantungkan kapas yang dicelup dengan MosQ Attack.


Gantungkan botol berhampiran dengan pokok cili. Lalat akan memasuki botol akibat tertarik dengan aroma MosQ Attack. Lalat tersebut akan jatuh ke dalam air dan mati. Kapas hendaklah dicelup dengan MosQ Attack setiap minggu. Lihatlah hasilnya yang amat mengagumkan.

Terdapat beberapa model perangkap lagi telah kami reka. Rekaan tersebut sedang diuji dan setelah berjaya, akan dikongsi bersama pembaca.

post signature

Read more...

Wednesday, July 8, 2009

Kaedah mengatasi serangan lalat buah.

Lalat Buah (Bactrocera spp.) adalah salah satu musuh utama penting pada tanaman cili. Serangannya terhadap buah cili boleh menurunkan hasil keluaran secara kuantiti ataupun kualiti. Dengan menggunakan produk MosQ Attack, mampu menghasilkan tangkapan lalat buah (Bactrocera spp) dengan banyak sehingga mampu mencegah kerosakan buah cili akibat serangan serangga tersebut.

Lalat buah merupakan hama yang banyak menyerang buah-buahan dan sayuran seperti mangga, jambu biji, belimbing, melon, nangka, jambu air, dan cili merah. Hama ini terdapat hampir di seluruh kawasan Asia-Pasifik, dan diketahui dapat menyerang lebih dari 26 jenis buah-buahan dan sayuran.


post signature

Read more...

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Lite Forex

Fertirion

  © Cilipadi's Art Design Copyright by 2008-2009

Back to TOP