Air Baja Sejuk. Akar Mudah Serap.
Akar pokok merupakan salah satu bahagian yang sangat penting untuk tumbesaran pokok. Ini kerana akar digunakan oleh pokok untuk menyerap nutrien dari medium.
Pernahkah anda terfikir sejauh mana akar dapat menyerap nutrien yang diberi? Adakah semua nutrien yang diberi dapat diserap secara optimum oleh akar? Fikir-fikirkan...
Salah satu faktor yang mempengaruhi kadar penyerapan nutrien oleh pokok adalah suhu. Suhu yang tinggi menyukarkan akar untuk menyerap nutrien. Jadi, adalah penting untuk petani memastikan larutan baja AB yang diberikan pada pokok sejuk. Bagaimanakah caranya?
Tips berguna:
- Tanam sebahagian tangki poli di dalam tanah. Ia membantu untuk menyejukkan air baja AB di dalam tangki tersebut. Sesuai dilaksanakan jika kawasan ladang cukup besar.
- Gunakan motor akurium kecil dan pasangkan di dalam tangki. Ia bertujuan untuk memberi lebih oksigen di dalam air. Oksigen yang banyak dalam air akan membantu menyejukkannya.
- Gunakan kolah simen untuk menggantikan tangki poli. Biasanya air dalam kolah simen nie kan sejuk.
- Catkan paip poli yang digunakan dengan warna putih. Warna hitam paip poli tu menyerap haba. Kalau tak percaya cuba rasa air baja yang keluar dari paip tu waktu tengah hari. Panas!!!
1 comments:
Tumpang tanya..berapa suhu sejuk yang diperlukan untuk satu tanaman yang menggunakan sistem ini?
Post a Comment