Wednesday, May 20, 2009

Serangan Pokok Kerinting - Formula C

Serangan Kerinting


Gambar A
(serangan kerinting akan membantutkan pertumbuhan pokok)


Kat sini saya nak berkongsi sesuatu. Semasa Fasa 1 Tanaman Cili Padi F1, tanaman saya telah mengalami satu penyakit kerinting. Boleh lihat Gambar A. Penyakit kerinting nie menyerang pada pucuk pokok terutama sekali ketika pokok mula hendak mengeluarkan bunga dan buah. Penyakit kerinting nie menyebabkan pucuk serta daun pokok merekot, mengecut dan warnanyer menjadi seakan berbatik-batik. Serangan ini akan menyebabkan pokok menjadi kurang sihat sekaligus mengurangkan percambahan pucuk baru, pokok terencat dan bunga berkurang.

Pada mulanyer risau saya dibuatnyer kerana hampir 10-20% daripada jumlah tanaman saya mengalami serangan ini. Banyak juga research yang saya dan abang saya carik. Bermandi peluh dan bersengkang mata la jugak mencari info cara nak menyelesaikan masalah kerinting nie. Bermacam jenis racun kulat dan serangga telah kami gunakan tetapi masih hampa. Semakin banyak serangan yang pokok kami hadapi.

Tetapi, di atas usaha, doa dan ketabahan kami ini terbalas akhirnya. Kami adik beradik telah menghasilkan satu formula untuk mengatasi masalah kerinting nie. Kami namakan Formula C. Cara menggunakannya mudah sahaja. Bancuh ikut sukatan dan sembur pada daun pokok cili tersebut. Hasilnya akan dilihat dalam tempoh 14 hari. Daun pokok yang kerinting akan kembali terbuka dan akan kembali ke bentuk asal. Hasilnya boleh dilihat pada gambar B, C dan D di bawah.


Gambar B
(daun dalam peringkat pemulihan)

Gambar C
(daun yang kerinting dan merekot telah mula terbuka)

Gambar D
(daun pokok yang kerinting telah beransur pulih)

7 comments:

Niejam May 20, 2009 at 6:35 PM  

macam mana formula c tu bole terangkan tak?

Abd Ghani May 20, 2009 at 8:03 PM  

Salam.

Ha'ah, apa dia formula C tu? Cantas kut. :)

Kalau tak keberatan bolehlah berkongsi ilmu

cilipadi May 20, 2009 at 11:30 PM  

Formula C tu terdiri daripada beberapa jenis campuran bahan. Saya dah test pada beberapa pokok saya yang mengalami kerinting. Setakat nie sumenya semakin sembuh.
Caranya, sembur formula c tu ikut kepekatan yang disyorkan. Selepas 14 hari akan dapat lihat kesannya. Tidak boleh sembur dalam tempuh itu, jika tidak pokok akan terbakar akibat terlalu panas. Selepas 14 hari baru bileh sembur semula.

my1166agro May 21, 2009 at 12:45 PM  

assalamualaikum...
saya dapati daun pokok cili tersebut mengerekot ke atas. Ini disebabkan oleh serangan serangga kutu thrip.Saya hairan juga kerana segala racun yang disembur tidak menjadi...dari pengalaman saya...semburan hexthiar malathion pada pokok cili saya memang amat berkesan..nak lebih baik campur dengan topsin M dan folliar mengikut sukatan yang disyorkan.

Jawapan dari cilipadi tu mengenai Formula C yang disoal oleh Saudara Abd Ghani tidak dinyatakan apakah bahan -bahan tersebut atau ia menjadi rahsia?

cilipadi May 21, 2009 at 1:30 PM  

Formula C tu bukan satu rahsia. Bahan-bahannya saya dah nyatakan pada ruangan sembang fertigasi.

Untuk lebih jelas saya nyatakan sekali lagi di sini bahan-bahannya. Formula C tu sejenis sebatian yang mengandungi fosforus, boron, copper, iron, manganase, molibdenum dan zink.

cilipadi May 24, 2009 at 1:36 PM  

Ramai beranggapan daun cili merekot dan kerinting disebabkan oleh serangan kutu terip, hamama dan sebagainya. Semua ini tidak salah kerana ia merupakan simptom serangan tersebut. Tetapi sekiranya penggunaan racun yang disyorkan tidak berkesan, maka itu menjadi satu masalah kepada petani.
Jadi, jika semua racun yang digunakan tidak berkesan maka saya syorkan penggunaan Formula C yang saya hasilkan. Formula C bukanlah racun serangga ataupun racun kulat, sebaliknya ia adalah sebatian beberapa jenis unsur yang yang menyembuhkan daun kerinting.

hairi31 March 14, 2014 at 6:51 PM  

Encik tolong buat bancuhan tersebut uk saya beli boleh? Hairi31@gmail.com

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Lite Forex

Fertirion

  © Cilipadi's Art Design Copyright by 2008-2009

Back to TOP