Monday, July 13, 2009

Perangkap Lalat Buah Yang Efektif

Alhamdulillah, segala penat lelah yang kami usahakan selama ini telah berhasil. Kesemua pokok cili padi F1 Thailand yang saya usahakan selama ini telah mengeluarkan hasil. Sebanyak 800 pokok telah berbunga dan berbuah lebat.



Walau bagaimanapun, semasa memetik buah-buah cili untuk dijual, saya dapati ada sebilangan cili yang busuk dan berulat. Setelah diselidiki saya dapati pokok saya diserang lalat buah. Saya menggunakan pelbagai racun serangga untuk mengatasi serangan lalat buah nie tapi tidak berhasil. Setelah dikaji tentang perihal lalat buah ini saya telah menemui MosQ Attack.



MosQ Attack menghasilkan satu aroma dan bau yang menarik minat lalat buah, tetapi tidak membunuhnya. Jadi, untuk membunuh lalat buah ini, MosQ Attack harus diguna bersama-sama dengan perangkap lalat buah.



MODEL 1


Perangkap model ini diperbuat daripada botol minuman plastik. Mudah saja cara membuatnya. Buat lubang pada bahagian atas botol sebagai tempat lalat masuk. Kemudian masukkan campuran air dan sedikit racun serangga atau minyak enjin ke dalam botol tersebut. Gantungkan kapas yang dicelup dengan MosQ Attack.


Gantungkan botol berhampiran dengan pokok cili. Lalat akan memasuki botol akibat tertarik dengan aroma MosQ Attack. Lalat tersebut akan jatuh ke dalam air dan mati. Kapas hendaklah dicelup dengan MosQ Attack setiap minggu. Lihatlah hasilnya yang amat mengagumkan.

Terdapat beberapa model perangkap lagi telah kami reka. Rekaan tersebut sedang diuji dan setelah berjaya, akan dikongsi bersama pembaca.

post signature

0 comments:

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Lite Forex

Fertirion

  © Cilipadi's Art Design Copyright by 2008-2009

Back to TOP