Saturday, June 16, 2007

Masalah Cili Kerinting Menghantui....

Bagi pengusaha cili, sama ada cili padi ataupun cili besar biasanya tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah pokok cili yang kerinting. Serangan cili kerinting ini berlaku pada bahagian pucuk daun dan kemudiannya ia akan menyebabkan daun menjadi kerinting dan mula merekot. Seterusnya, tumbesaran pokok cili mula terbantut, serta bunga dan buah mula berkurangan. Setelah beberapa lama mengkaji dan mencari maklumat, terdapat beberapa penyebab yang menjadikan pokok cili menjadi kerinting.

1.BENA PUTIH
: Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.

Bena putih ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti PEGASUS.




Kutu Terip








Hamama






2. HAMAMA & KUTU TERIP : Hamama ini juga antara penyebab kerinting. Selain itu, pokok juga akan mengalami kerekot, kerinting, mengecil dan pokok akan terbantut. Daun yang merekot ke bawah akan bertukar warna menjadi perak dan luruh. Waktu yg paling digemari oleh makhluk nie ialah masa cuaca panas.

Hamama ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti MITEC.

3. KERINTING BERBATIK : Masalah ini bukan disebabkan serangan serangga tetapi disebabkan zat yang tidak mencukupi bagi tumbuhan. Masalahh ini biasanya berlaku ketika pokok mula menghasilkan bunga dan berbuah. Ketika ini pucuk daun baru mula kelihatan merekot dan berkerinting. Seterusnya jika dibiarkan daun pokok akan terus mengecut dan kelihatan berbatik-batik. Jika tidak dirawat dengan segera, tumbesaran pokok akan terbantut dan yang lebih malang lagi pokok mungkin tidak dapat disembuhkan dan terpaksa dibuang.

Masalah kerinting ini boleh dirawat dengan menggunakan sejenis cecair foliar yang direka khusus untuk mengatasi masalah ini yang dinamakan Formula C. Cara tindakan formula ini ialah ia akan menyebabkan daun yang berkerot dan kerinting akan terbuka semula. Seterusnya, daun tersebut akan kembali normal. Walau bagaimanapun, daun tersebut tetap akan berwarna berbatik meskipun ia telah terbuka normal. Walaupun begitu, pucuk daun seterusnya tidak akan mengalami masalah ini dan ia akan normal seperti biasa.


post signature

Read more...

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Lite Forex

Fertirion

  © Cilipadi's Art Design Copyright by 2008-2009

Back to TOP